PERLIS BM

TARIKAN DI UTARA MALAYSIA

Perlis, negeri tersohor di utara Malaysia kaya dengan keindahan alam dan juga jelapang padi yang luas terbentang. Negeri yang berteraskan pertanian ini mempunyai sejarah yang kaya dengan percampuran pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan juga Thailand.

Terdapat beberapa tarikan semulajadi yang unik di Perlis seperti Taman Negeri Perlis dan Gua Kelam. Bagi penggemar bandar kecil yang jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukan kotaraya, Kangar, ibu negeri perlis kaya dengan bangunan bersejarah seperti masjid Syed Alwi. Di Arau pula terdapat Istana Diraja dan juga Masjid Diraja.

PENGANGKUTAN KE PERLIS

Jalan utama ke Perlis adalah biasanya melalui Padang Besar dan Bukit Kayu hitam yang terletak berhampiran dengan sempadan Thailand. Anda juga boleh ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis. Selain itu, anda boleh ke Perlis daripada Pulau Pinang ataupun Langkawi.

Penangkutan Jalan Raya – Lebuh raya utara selatan telah menjadikan perjalanan lebih mudah dan lancar untuk pengguna jalan raya bergerak ke bandar-bandar utama di semenanjug Malaysia. Dari bandar-bandar utama, anda boleh mengambil bas ekspres ke Kangar ataupun ke Kuala Perlis.

Pengangkutan Udara – Jika anda ke Malaysia melalui pengangkutan udara, anda perlu tahu bahawa tiada penerbangan terus ke Perlis. Jika anda tetap hendak ke Perlis menggunakan kapal terbang, lapangan terbang terdekat adalah lapangan terbang Alor Setar, Kedah yang terletak lebih kurang 45 minit dari Kangar.

Pengangkutan Laut – Satu-satunya cara untuk ke Perlis melalui laut adalah dari Pulau Langkawi. Kapal akan melabuh di Jeti Kuala Perlis. Terdapat lebih kurang 10 perjalanan setiap hari yang bertolak hampir setiap jam. Bot terakhir adalah pada pukul 11 malam.

FACTS ABOUT PERLIS

Cuaca

Suhu di Perlis tidak banyak berubah sepanjang tahun, iaitu antara 21 darjah Celsius dan 32 darjah Celsius

Agama

Agama rasmi negeri Perlis adalah Islam. Agama lain juga bebas untuk dianut. Gereja dan juga kuil ada di seluruh negeri Perlis.

Bahasa

Bahasa rasmi negeri Perlis adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua

Industri Utama

Berasaskan pertanian terutama sekali beras, tebu dan perikanan.

Populations

Approximately 225 000, but a lot of students from all around Malaysia are here

Budaya

Malaysia mempunya pelbagai budaya dari pelbagai etnik.

Bandar Utama

Ibu negeri Perlis ialah Kangar dan bandar dirajanya ialah Arau

Buah Rasmi

Perlis mempunyai buah rasminya sendiri iaitu buah mangga Harum Manis
Hubungi Kami

Masa untuk bercuti!