LASAK
Perlis juga mempunya pelbagai tempat menarik untuk aktiviti-aktiviti santai dan lasak.
PEMANDANGAN

Gua Kelam
Gua Kelam merupakan antara gua paling unik di Malaysia dengan gua batu kapur sepanjang 370 meter. Gua ini terletak berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit, iaitu 33 km dari Kangar. Gua Kelam terkenal dengan ‘laluan di dalam gua’ yang membolehkan anda masuk dan keluar dari lokasi berbeza di dalam gua.

Gua Wang Burma
Gua Wang Burma juga antara gua yang terkenal di Perlis. Gua ini terkenal untuk aktiviti ‘spelunking’ atau meranduk air di dalam gua. Stalagtit dan stalagmit gua ini telah terbentuk sejak berjuta tahun dahulu dan kelihatan seperti langsir dan tiang. Pengunjung boleh memilih untuk menikmati keindahan gua secara perlahan-lahan atau merangkak, memanjat dan mencari jalan melalui pelbagai laluan sempit dan berlumpur di dalam gua ini.

Memanjat Bukit Keteri
Terletak di sempadang Malaysia – Thailand, Wang Gunung amat terkenal dalam kalangan penggemar aktiviti memanjat gunung. Gunung ini mempunyai ketinggian 499.1 meter dan berlatar belakangkan Kelab Golf Putra. Kebanyakan batu yang membentuk Gunung Wang adalah sebahagian daripada formasi yang membentuk gunung Machinchang, Setul, Kubang Pasu dan Chuping.

Titian Kanopi SPF
Titian kanopi SPF Ayer Keroh merupakan tit sepanjang 100 meter pada ketinggian 17 meter dari paras bumi. Istana ini dibina untuk proses penyelidikan flora dan fauna terutama sekali tentang kajian terhadap pokok kayu jati.

ATV Bukit Maneq
Bagi penggemar sukan lasak, anda amat disarankan untuk melawat ATV Bukit Maneq. Kedudukannya di tepi jalan besar Kangar-Padang Besar menjadikannya mudah untuk dicari. ATV Bukit Maneq ini terletak di Bukit Manik, Tasoh, Perlis.

Kelab Golf Putra
Kelab Golf Putra merupakan destinasi terkenal bagi penggemar sukan golf. Kelab golf ini terletak 10 km dari bandar Kangar dan berhampiran dengan sempadan Thailand. Walaupun padang golf ini nampak agak mudah untuk dimainkan, halangan air dan pasir tentu membuat permainan golf anda lebih mencabar. Kelab Golf Putra ini mungkin akan terasa agak kekampungan namun keindahan gunung batu kapur dan hutan yang mengelilinginya menjadikan kelab golf ini antara yang terindah di Malaysia.