MAKANAN

Makanan Perlis

Di kawasan paling utara di Malaysia terletak negeri Perlis, negeri paling kecil di Malaysia. Perlis merupakan negeri yang bersempadan dengan Thailand dan menjadi tempat bercampurnya budaya Malaysia dan Thailand. Di Perlis terdapat pelbagai jenis makanan termasuklah mangga harum manis yang menjadi pujaan ramai.

Istimewa Perlis

Mona Ikan bakar

Mona Ikan Bakar merupakan syurga makanan laut yang terletak di Jeti Kuala Perlis. Restoran ini bukan sahaja mempunyai pemandangan yang indah, namun makanan lautnya segar dan harga amat berpatutan.

Restoran Api-Api

Kuala Perlis amat terkenal untuk makanan lautnya yang enak. Restoran Api-Api menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan laut. Sekiranya anda penggemar ikan bakar, restoran Api-Api amat sesuai untuk anda. Selain ikan bakar, kepah dan juga sotong goreng juga antara menu kegemaran ramai.

Nasi Ganja Repoh

Resipi nasi ganja sebenarnya datang dari utara Thailand. Amat mudah untuk mencari nasi ganja di Padang Besar, Dannok dan Hatyai namun nasi ganja Repoh adalah yang terbaik terletak di Kangar, Perlis.

Bangpon Cafe & Bistro

Burger bersaiz besar ini hanya dapat dibeli di Bangpon Cafe dan Bistro, Kangar. Terdapat pelbagai jenis burger di sini seperti burger ayam nobita, burger ayam Havoc dan bermacam lagi.

Chortieszzz Cafe

Bagi mereka yang inginkan makanan barat seperti burger buatan sendiri, chicken chop dan stik, anda boleh singgah di cafe ini yang terletak di Jalan Sena Indah, Kangar, Perlis. Menu cafe ini agak unik dan jarang untuk didapati di kedai-kedai lain.

CITARASA TEMPATAN PERLIS

Anjung Keli

Bagi mereka yang gemar makan luar bersama keluarga, anda perlu mencuba Restoran Anjung Keli yang terletak di Bohor Pulai, Kangar, Perlis. Restoran ini telah tersenarai di dalam program Eat Meals. Terdapat pelbagai jenis hidangan di sini seperti ikan keli bakar, hidangan ayam dan bermacam lagi.

MEDAN SELERA BRASMANA

Medan Selera Brasmana merupakan medan selera melayu yang terletak berhampiran dengan Laman Brasmana, Kuala Perlis. Medan selera ini sering dipenuhi pelanggan apabila tibanya waktu makan malam. Selepas makan malam, pengunjung dapat bersiar-siar di sambil menikmati kelembutan bayu laut.

AURA STEAMBOAT

Sekiranya anda penggemar stimbot, Restoran Aura Steamboat N ‘Grill adalah tempat yang patut anda lawati. Restoran Aura Stimbot terletak di Repoh, berhampiran jalan besar Arau-Kangar.

Ana Burger D' Cafe

Di Ana Burger D’ Cafe, anda bukan sahaja dapat menikmati burger terkenal seperti Volcano Cheezy Towernya yang diperbuat daripada 5 keping daging burger, keju dan juga telur, malah, anda juga akan dapat menikmati keindahan jelapang padi yang luas sambil menjamu selera. Keunikan ini hanya akan dapat dirasai di Ana Burger D’ Cafe yang terletak di Kampung Jarak, Bintong, Perlis.

Mai Cafe

Mai Cafe yang terletak di Kangar Perlis menyediakan pelbagai jenis menu istimewa dalam hidangannya seperti Chicken Chop, Ayam Panggang, Ayam Keju, Stik Daging Lembu Panggang, Ayam dan Daging Bakar, Ayam Goreng dan juga pelbagai jenis masakan ikan.

HANYA DI PERLIS

HARUMANIS MANGO

Ladang mangga harumanis merupakan antara tarikan pelancongan utama di Perlis. Ladang mangga harumanis ini terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. Ladang mangga harumanis hanya boleh didapati di Perlis. Bau dan rasa buah mangga ini yang unik telah menarik pelancong dari luar dan dalam negara. Buah mangga harumanis hanya dapat dinikmati dari bulan Mac hingga bulan Jun. Ketika bulan-bulan ini, Pusat Pertanian Bukit Bintang ang selauas 64.6 hektar ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang menari pelbagai jenis mangga seperti harumanis, mas indera, mas muda dan chok anan.

Pulut mangga

Walaupun makanan ini berasai dari Thailand, Pulut Mangga Perlis ini diubah dengan menggunakan Mangga Harum Manis yang hanya ditanam di Perlis. Pulut digaul dengan santan kemudian diratakan sebelum dimakan dengan buah-buahan. Gabungan rasa pulut yang lemak dan mangga harum manis pasti memukau mereka yang menikmatinya. Makanan ini dianggap unik kerana hanya boleh dirasai ketika musim mangga harum manis sahaja.

UDANG SANGGUL

Udang Sanggul ialah satu jenis kuih unik yang hanya boleh didapati di Perlis. Makanan ini sebenarnya ialah udang salut kulit popiah dan digoreng sehingga warna keemasan.