Keluarga

Family

Perlis mempumyai banyak tempat menarik untuk dinikmati seisi keluarga.

DESTINASI PELANCONGAN

MASJID TERAPUNG

Masjid Al-Hussain adalah antara mercu tanda terkenal di Kuala Perlis. Terbina di sebelah Jeti Kuala Perlis dan menganjur ke atas Selat Melaka, masjid ini telah diberi nama Masid Terapung. Sebuah jambatan sepanjang 50 meter terhubung ke ruang solat utama. Keunikan masjid ini terletak pada dindingnya yang tidak dicat, tapi dihiasi dengan batu karang, kuarza, granit, marmar dan batu kecil. Kubahnya yang berwarna biru kuning-keemasan diperbuat daripada lapisan aluminium dan selapis Polyvinylidene Diffluoride (PVDF) pada permukaannya.

EMPANGAN TIMAH TASOH

Empangan Timah Tasoh merupakan empangan tanah terpanjang di Malaysia. Keindahan Tasikh Timah Tasoh telah menjadikannya lokasi untuk pelbagai video muzik dan drama yang terkenal di Malaysia.

HUTAN LIPUR BUKIT AYER

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi. Air sejuk dan jernih yang mengalir di sungai dan air terjunnya menjadikan hutan Lipur Bukit Ayer ini sebagai lokasi terkenal untuk berkelah dan berisitirahat.

Pengkalan Asam

Pengkalan Asam merupakan laluan yang sering digunakan oleh orang ramai untuk aktiviti rekreasi seperti berjogging, bersenam dan aktiviti rekreasi seperti refleksologi. Kawasan rekreasi ini terletak di Jalan Pengkalan Asam dan terletak berhampiran dengan sungai Perlis. Kawasan rekreasi ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk pengunjungnya seperti trek jogging, titi gantung, kawasan refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, bangku, gym terbuka, chalet, surau dan tandas awam.

LADANG ANGGUR

Adakah anggur dapat ditanam di Malaysia? Sudah tentu. Anggur kini giat ditanam di Kangar, Perlis. Ladang anggur ini terletak berhampiran dengan Taman Herba dan juga Taman Ular. Jika ke Ladang Anggur Perlis, anda akan dapat melihat sendiri ladang anggur yang biasanya hanya wujud di luar negara.

HUTAN LIPUR BUKIT KUBU

Hutan Lipur Bukit Kubu merupakan tempat ideal untuk beristirahat. Kawasan hutan lipur ini mempunyai gua batu kapurnya sendiri di bukit Wang Pinang. Gua-gua ini mempunyai reka bentuk geologi dan lanskap semula jadi yang unik, namun orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam gua tanpa permit daripada Jabatan Perhutanan. Gua-gua ini terletak tidak jauh daripada Kota Al Marhum Kayang. Ia juga merupakan kawasan perkuburan bagi dua sultan Kedah pada kurun ke-16. Pengunjung ke sini akan dapat melihat makam-makan ini ditanda dengan batu nisan dan tinggalan kayu-kayan yang menandakan lokasi makan diraja.

LADANG NIPAH KIPLI

Ladang Nipah Kipli terletak di Kampung Tanah Timbul, Kuala Sanglang. Ladang Nipah Kipli ini ditanam dengan lebih daripada 2000 batang pokok nipah yang menghasilkan jus nipah. Jus nipah ini digunakan secara tradisional untuk perubatan. Ladang nipah ini menyediakan pondok dan juga buaian untuk pengunjungnya berehat dan menikmati ketenangan alam.

MENARA WANG KELIAN

Pemandangan daripada menara wang Kelian tentu akan mengejutkan anda sekeluarga. Keindahan langit dipenuhi awan putih seolah-olah di negara kayangan. Anda bukan sahaja akan dapat melihat bukit-bukau di sekeliling, malah anda juga akan dapat melihat banda Perlis dan juga sempadan Malaysia-Thailand.

TAMAN ULAR PERLIS

Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia. Di sini anda akan dapat melihat pelbagai jenis ular dengan lebih dekat. Taman ini memberikan pengunjungnya peluang untuk mendekati haiwan yang digeruni ini dalam situasi yang hampir sama dengan habitat asalnya.

MUZIUM KOTA KAYANG

Muzium Kota Kayang terletak berhampiran dengan bukit Kayang, bukit Lambong Panah, bukit Jagat Hutang, bukit Wai dan bukit Menara, yang juga berhampiran dengan terusan buatan manusia tertua di semenanjung Malaysia. Bangunan muzium kota kayang kaya dengan sejarah sejak sebelum ia ditukarkan menjadi muzium pada tahun 1991. Tanah seluas 4.84 hektar ini dahulunya milik Syed Salim, yang dihadiahkan kepadanya oleh Raja Syed Alwi. Pada penghujung kurun ke-19, Syed Salim telah membina rumah untuk keluarganya sebelum ia dijual kepada kerajaan negeri Perlis. Bangunan itu kemudiannya telah dijadikan penginapan penasihat British. Ketika penjajahan Jepun, bangunan itu dijadikan pusat pentadbiran perang sehingga tahun 1945.

RIMBA HERBA PERLIS

Di taman ini tertanam pelbagai jenis herba bernutrisi tinggi yang telah digunakan sejak turun-temurun. Taman terancang ini direka untuk mendidik orang awam tentang kegunaan herba yang terdapat di dalam hutan.

TAMAN NEGERI PERLIS

Taman ini merupakan satu-satunya hutan separa luruh di Malaysia dan hutan ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar. Hutan ini adalah habitat tunggal di Malaysia untuk spesis beruk berekor pendek. Ungka tangan putih dan pelbagai spesis burung dapta dilihat di taman negeri Perlis. Kewujudan pelbagai jenis hidupan di hutan ini menjadi jelas apabila senja menjelma dan bunyi haiwan kedengaran sahut-menyahut.

Tasik Melati

Tasik Melati merupakan kawasan paya yang terletak di dalam kawasan membangun. Taman ini terkenal dengan tasik dan kemudahan rekreasinya. Tasik Melati mendapat nama daripada nama bunga melati yang harum baunya. Tasik Melati ini merupakan paya bakau yang terkenal dengan bunga liarnya, bunga kercit.

MEMBELI-BELAH

Bukit Kayu Hitam

Jika anda hendak membeli-belah namun masih mahu menjimatkan wang, jangan lepaskan peluang untuk melawat Bukit Kayu Hitam. Status bebas cukai di Bukit Kayu Hitam menjadikan semua barangannya jauh lebih murah daripada di tempat lain. Kepelbagaian produk yang terjual di sini juga pasti membuatkan anda terkejut. Jangan lupa untuk bawa pulang coklat yang terjual murah di kawasan bebas cukai di sempadan Malaysia-Thailand.

Pasar Wang Kelian

Terletak bertentangan dengan Wang Prachan, Thailand, pasar Wang Kelian juga dikenali sebagai Nat Wang Kelian oleh penduduk tempatan. Pasar ini dibuka setiap hari, namun lebih banyak gerai akan dibuka pada hujung minggu. Pengunjung tempatan yang datang pada hari Ahad tidak perlu risau tentang dokumen perjalanan.

PUSAT BELI-BELAH KAYANGAN

Sekiranya anda mencari pusat beli-belah yang sedia dengan segala kelengkapan, Kayangan Square Mall tentu akan menepati citarasa anda. Pasaraya ini telah lama menjadi tumpuan penduduk di Perlis sebagai destinasi membeli-belah. Apabila anda ke sini anda akan dapat rasai kemesraan penduduk tempatan yang menjual dan berkunjung ke pusat beli-belah ini.

Padang Besar

Padang Besar merupakan bandar yang terletak di kawasan paling utara di Perlis. Padang Besar terletak bersempadan dengan provinsi Songkhla iaitu lebih kurang 35 km dari Kangar dan 57 km dari Hat Yai. Bandar yang terletak bertentangan dengan Padang Besar Malaysia, di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, namun digelar sebagai ‘Pekan Siam’ oleh penduduk tempatan. Kedudukan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand menjadikannya kawasan bebas cukai dan juga syurga beli-belah bagi rakyat Malaysia. Padang Besar akan dipenuhi oleh beribu pengunjung Malaysia dan Thailand setiap kali tiba hujung minggu dan juga cuti awam.