TEROKAI PERLIS

MELALUI PROGRAM HOMESTAY YANG UNIK DAN MENAKJUBKAN

RAHSIA NEGERI PERLIS

ALAMI KEINDAHAN PERLIS MELALUI PROGRAM HOMESTAY

Bilakah kali terakhir anda lalui pengalaman baru? Perlis Homestay menawarkan cara baru untuk anda nikmati keindahan negeri Perlis dengan melalui kehidupan seperti orang tempatan. Kesemua homestay diatur dengan lengkap oleh penduduk tempatan untuk memberikan anda pengalaman yang tentu tak dapat dilupakan. Untuk rakyat Malaysia sekali pun, Perlis Homestay pasti membuatkan anda teruja. Sertailah kami di Perlis Homestay!

  • 3 homestay indah di lokasi berbeza

  • Interaksi dengan penduduk tempatan

  • Pakej Khas

  • Suasana budaya tempatan

  • Menawarkan khidmat jemput dan hantar

  • Menghidang makanan tempatan

  • Persekitaran yang tenang

  • Ekopelancongan

  • Harga berpatutan

TEMPAH SekarangTENTANG PERLIS HOMESTAY

Pilihan Ramai

Homestay

RM100

per night

Felda Mata Ayer terletak di utara Perlis, bersempadan dengan Thailand. Felda Mata Ayer terletak lebih kurang 39 km dari Kangar dan 7 km dari Padang besar. Felda yang dibuka pada tahun 1982 ini mempunyai lebih daripada 249 buah rumah, dan 28 daripadanya digunakan khas untuk program Homestay. Felda Mata Ayer telah menarik ramai pelancong dari luar dan juga dalam negara kerana aktiviti ekopelancongan dan juga aktiviti memetik mangga harum manis yang dapat dilakukan di situ.
RM90

per night

Kampung Paya Guring merupakan sebuah kampung unik yang kaya dengan unsur kebudayaan. Tinggal bersama penduduk tempatan untuk berkongsi cerita dan merasai pengalaman melakukan aktiviti harian sebagai orang kampung. Di kampung ini, anda boleh mengalami kehidupan seperti penduduk asal kampung Paya Guring atau berehat dan nikmati keindahan alam sekeliling. Pengalaman ini tentu akan membawa anda untuk lebih memahami erti kehidupan di sebuah kampung. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan dapat ikut serta orang kampung untuk menoreh getah.
RM120

per night

SINAR MENTARI MENYAMBUT PERMULAAN HARI SEGALA YANG ANDA IMPIKAN DI SEBUAH KAMPUNG Kembali ke ketenangan alam Dikejutkan oleh keindahan matahari pagi Rasai kelembutan bayu meniup di pipi Saksikan kemegahan jelapang padi terbentang luas sejauh mata memandang. Alamai semua ini dan lebih lagi apabila anda menginap di Homestay Ujung Bukit.

Jom alami pengalaman baru di desa

Pakej Menarik

TESTIMONI

Apa Kata Pengunjung

Wan Arina

Pulau Pinang

"

Pengalaman Homestay Perlis ini sangat mengujakan. Saya pasti akan kembali lagi bersama keluarga.

"

Afif

Pulau Pinang

"

Saya pernah menginap di Homestay Ujung Bukit dan Paya Guring. Kedua-dua homestay ini sangat cantik, bersih dan berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Perlis. Tuan rumah juga sangat mesra.

"

PERLIS DI INTERNET

Blog dan Berita Terkini

Muzik Video Yuna Memaparkan Tempat-tempat Menarik di Perlis
Penyanyi antarangbangsa yang berasal dari Malaysia, Yuna baru sahaja melancarkan muzik video yang bertajuk Forevermore.Apa yang menariknya ialah kebanyakkan scene di dalam muzik video ini ditangkap di Perlis. Memang cantik sinematografi video ni, dah nampak macam di oversea. Buat masa ini, muzik video ini telah ditonton oleh 1.5 juta orang di laman Youtube.
Baca Selanjutnya
Tanya Kami Sebarang Soalan!

Masa untuk bercuti! Jangan risau tentang itenari, biar pihak homestay aturkan segalanya untuk anda!